Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T~
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah
S.A.W~ sudah berselawatkah kita pada hari ini?? “Allahumma
Solli A’la Sayyidina Muhammad” ringkas bukan?? Hmm mungkin sifat malas kita
masih menjadi punca bagi kita untuk terus beristiqomah dalam melakukan amalan
kebaikan.. Aku selalu suka nasihatkan diri sendiri agar selawat dimana sahaja
kita berada~~ ini menunjukkan kita selalu ingat kepada Baginda Rasullulah x
kira masa dan tempat.. Syafa’at yang akan kita tagih di hari pembalasan kelak adalah
daripada Rasullulah S.A.W sendiri..oleh itu, mari kita berselawat~
Pada post kali ni, aku nak sentuh kisah pasal seorang hamba Allah… Beliau yang
disebut ialah
Tarikh lahir: 14 oktober 1906
Tempat lahir: Mahmudiyah- sebuah Bandar kecil di daerah Bukhaira- 150km dari Barat Laut Bandar Kaherah.
Nama isteri: Fatimah( anak seorang tokoh yg dihormati di Ismailiyah- Al-Haj Hussain A-l Sali.
Bilangan cahaya mata: 6orang ( Perempuan :Sana, Wafa’, Raja’, Hajir dan Istisyad . Lelaki: Saiful Islam
Adik beradik: Anak pertama daripada 7orang adik beradik( dengan isteri ayah yang pertama) .Seorang lagi daripada isteri ayahnya yang kedua.
Nama bapa: Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna (lepasan Al-Azhar, seangkatan dengan Syeikh Muhammadf ‘Abduh)
10 Wasiat Imam Hassan
Al-Banna
1. Apabila mendengar
azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran,
tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi
faedah.
3. Berusahalah untuk
bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua
kebaikan.
5. Janganlah banyak
ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang
lagi tenteram
6. Janganlah banyak
bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap
lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati
orang.
8. Jauhilah daripada
mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim
yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan
berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan
kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Nasihat2 yang diberikan ini sungguh hebat! Boleh dikatakan
nasihat beliau ini menyentuh kepada
seluruh aspek kehidupan kita.. adab seharian, kewajipan kita kepada
agama, akhlak yang perlu di contohi dan banyaak lagi…
renung2 kan
dan selamat beramal!!!
post yg sngt bermanfaat,keep it up,nan~
ReplyDeletepost yg sngt bermanfaat,keep it up,nan~
ReplyDelete*kopipasta