Wednesday, 3 September 2014

tunduk hormat atau tunduk takut??

....السلام عليكم



Hormat atau dalam bahasa inggeris 'respect' telah didefinisikan di dalam ensiklopedia sebagai 
"a feeling of deep admiration for someone or something elicited by their abilities, qualities, or achievements." 

manakala,


Takut atau 'fear' telah didefinasikan sebagai 

"an unpleasant emotion caused by the belief that someone or something is dangerous, likely to cause pain, or a threat."


Kuasa bukan segalanya


Dunia sekarang ramai yang takut daripada hormat. Seorang Raja berdiri gah di hadapan rakyat yang tunduk. Tunduk kerana apa?? takut. bukan kerana mereka hormat. disebabkan apa? sikap prejudis sang Raja yang selalu melekehkan darjat seorang rakyat sehingga dianggap diri mulia dan boleh melakukan apa sahaja dengan kuasa mutlak, Sedangkan rakyat takut dengan kisah mitos dan dongeng hukum tulah. 


Begitu juga alkisahnya dalam kekeluargaan. Anak tunduk patuh pada sang Bapa. Tetapi kini tidak lagi tunduk kerana hormat. Lain tidak bukan hanya kerana takut. Takut sebab apa?? Takut jika bersuara digelar anak derhaka. Takut jika dikatakan melawan kata orang yang lebih tua. Anak tak kenang budi. Sedangkan si anak hanya meluahkan pendapat. Pendapat yang secetek cuma. Yang dahagakan pandangan dari yang dewasa. 





Takut atau Hormat??





























Menjadi lumrah di hutan rimba, sang singa yang bertubuh sasa membuli sang arnab yang lemah tidak bermaya. Hakikatnya kita bukan haiwan yang hidup mengikut rantai makanan. Ya!! kita manusia! Hidup sebagai manusia biasa. Yang gagah boleh tunduk pada yang lemah. Yang benar boleh tunduk pada yang salah. Disebabkan apa? TAKUT!! takut untuk menyuarakan pandangan. Untuk memberikan pandangan. Maka yang batil diangkat maqamnya menjadi yang haq!! akibat daripada yang Haq takut untuk menyatakan kesahihannya.



Takut sememangnya lumrah, perasaan, rasa, sifat. Tapi digunakan lumrah itu dijalan yang betul. Kekadang sifat takutlah yang membuat diri kita ini yang tampak lemah. Sebuah negara yang maju perlu seiring dengan ketamadunannya. Tak perlu tunduk dengan sang Pemerintah yang zalim. Berani untuk bangkit. Kritik dan terus kriktik jika terdapat permasalahatan di dalam pentadbirannya. Itu bukan bermakna kita tidak hormat pada 
pemimpin!! Disebabkan rasa hormatlah, kita sebagai rakyat perlu dan harus menegur pemimpin supaya kehormatannya kekal bertapak dan bukannya tunduk kerana takut pada kekuasaan yang dimiliki sang Pemerintah. 




jadi, nak tunduk hormat atau tunduk takut?

No comments:

Post a Comment