Tuesday, 2 September 2014

Ilmu Tarannum

Assalamualaikum. Entry kali nih aku nak share sikit pasal salah satu ilmu Al Quran al karimmm iaitu TARANNUM (ترنم)



Aku mula berjinak jinak dengan tarannum sejak sekolah rendah lagi. Tapi diberi peluang untuk mempelajari lebih mendalam ilmu ini masa di tingkatan satu. Pertama kali aku dengar live orang mengaji secara tarannum masa dekat surau sekolah menengah. Sebab selalu tengok dekat tv, radio je. Ustaz Samsuddin Harun, seorang guru dibidang Kelas Kemahiran Quran (KKQ) ditugaskan mengajar tarannum untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Majlis Tilawah Quran (MTQ). Wakil sekolah yang dipilih pada waktu itu adalah Najdi, pelajar tingkatan 5. Kalau kenal, dia sekarang salah seorang imam muda musim ke-2. Imam Muda Najdi (senior sekolah aku). Disebabkan beliau di tahun akhir, perlu ada pengganti untuk mewakili sekolah pada tahun depan. Oleh itu, beberapa saringan dan ujian telah dilakukan untuk mencari pengganti untuk mewakili sekolah dalam penyertaan Tarannum. Di antara ramai2 pelajar KKQ, aku yang dipilih. Hahahaha. agak lawak jugak laa waktu tu. bayangkan, ada pelajar yang lagi tua dari aku. Pelajar tingkatan 3,4,5. Last2 pelajar tingkatan 1 yang dapat jadi wakil. 

Sebermulanya aku belajar tarannum ni, ada beberapa perkara wajib yang sering diingatkan oleh Ustaz. Pertama, perbetulkan makhraj huruf. Kedua, wajib mengetahui hukum tajweed. Ketiga, jaga suara dan yang Keempat, Niat untuk belajar. Bukan niat hanya untuk menunjuk2, tetapi untuk mempelajari salah satu cabang ilmu yang dimiliki oleh Quran itu sendiri. Alhamdulillah, atas didikan dan tunjuk ajar ustaz, pencapaian paling tinggi yang pernah aku capai ialah mendapat tempat ke-3 Peringkat Negeri Selangor dalam kategori Qiraat Sab'ah iaitu bacaan tarannum secara 7 wajah atau cara bacaan. Tapi masih banyak perlu diperbaiki sebenarnya. Selepas tamat sekolah, agak susah jugak nak cari kelas tarannum secara bertalaqqi. Apa2 pon usaha untuk belajar kene ada :)

Tarannum mempunyai beberapa jenis. Jenis2 tarannum secara ringkas.

TARANNUM BAYYATI


Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Tapi mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

* sumber dari buku KKQ.

contoh cara bacaan tarannum. by Ustaz Samsuddin Harun. Surah Ad-dhuha / At-tiin.






 Untuk memperoleh suara yang lunak juga ada petuanya sendiri. Petua bahawa minum air asam jawa boleh membetulkan suara. Pada pengalaman aku, petua tu x boleh pakai. Sebab air asam jawa tu pekat, masam. Bagi suara yang serak, diharuskan hanya minum air masak sahaja dan tak boleh makan makanan berminyak. In sha Allah, dalam masa tedekat suara akan kembali pulih. 

Tak rugi walau sikit pon kalau kita dekat Al Quran

Dari Nawwas bin Saman ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya."  (Riwayat Muslim).

Dari Umar bin al Khatthab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Quran." (Riwayat Muslim)

    Dari Usman bin Affan ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya." (Riwayat Bukhari)

    Jom dekatkan diri kita dengan Quran~

    No comments:

    Post a Comment