Hidup kerana Allah, Mati kerana Allah!!
Bismillahirahminrrahim…
Assalamualaikum!!
Memang tepatlah kalam yang berada di dalam Al-Quran yang berbunyi:
Maksud Firman
Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas
pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian
itu pasti!
Sememangnye yang setiap yang hidup pasti akan mati.. orang yang bijak
adalah orang yang selalu ingat akan kematian. Sejak kita dilahirkan, hinggalah
kita dewasa.. sudah berapa tahun kita merentasi masa?? 19 tahun? 20 tahun? 35
tahun? 67 tahun?
Fikirlah
sejenak~
semasa kita sibuk dalam
merentasi masa dalam hidup kita, sudah berapa ramai yang kita lihat di
sekeliling kita sudah dijemput Izrail untuk mengadap-Nya?? Jiran? Sahabat
handai? Atau mungkin ahli keluarga sendiri? Jangan kita alpa!! Fikirkan juga
saudara2 kita di Palestin! Di Iraq! Di Syria! Di Afghanistan! Kebanyakannya
telah mati syahid di medan perang… selebihnya, mereka sedang bersedia untuk
menghadapi mati~ Bila kita punye giliran??
KITA??
Hanya tahu menggeleng2 kan kepala kononnya simpati dengan perkara tersebut..
Sedar tak??! Kita juga akan mati! sepatutnya kita juga sudah bersiap sedia
untuk menhadapi mati.. bukan dengan senapang, pistol, pisau..tapi dengan
AMALAN! Nilai balik diri kita. Sudah cukupkah amalan kita di muka bumi Allah
ni? seperti yang kita tau, alam dunia ini adalah seperti suatu persinggahan..
kita singgah utk mengutip segala macam amal kebaikan di dunia ini, kemudian
akan meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya iaitu alam kubur~ da cukup
ke kita kutip untuk menghadapi alam kubur nanti? Persoalan2 ini sengaja aku
bangkitkan untuk diri aku dan juga pada semua sahabat sekalian…
bila pulakk giliran kita??? renungkan~ |
Aku
nak kongsi sedikit pengalaman,
Rumah
aku terletak berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam ..(biasalah rumah
kampong) masa aku awal2 menetap kt situ dulu (tahun 2000), tanah kubur tu
hanyalah sebuah tanah wakaf masjid yang lapang….langsung tak de ape2, just
penuh dengan lalang jew~ mase kecik2 dulu (time darjah satu) aku selalu gunakan
laluan tanah wakaf tu sebagai jalan ‘short cut’ untuk aku pegi sekolah..sekolah
rendah uh dekat ngn rumah, jadi aku just jalan kaki je laa.. aku selalu ulang –
alik setiap hari dekat laluan tuh hinggalah suatu hari, terdapat seorang hamba
Allah telah kembali ke rahmatullah….. jasadnya di kebumikan kt area hujung
tanah wakaf yg aku selalu lalu tu.. sejak tu, tanah wakaf tuh da OFFICIALLY
tukar nama menjadi Tanah Perkuburan Islam.. walaupun da tukar nama sekalipun,
aku tetap guna laluan tanah kubur tu untuk pegi ke sekolah.. “x kesah pon ade kubur
ke, ape ke janji sempat sampai ke sekolah” tu ape yang aku pikir mase tuh.
Hari berganti hari,
masa berganti masa…. daripada aku boleh berlari- lari sambil bergolek2 dekat
tanah kubur tu, sampailah aku kene berhati-hati bejalan takot2 tersadung batu
nisan.. bayangkan~ daripada tanah yang lapang hambooi, sampai da separuh da
tanah kubur tuh penuh dengan batu nisan! Apa yang aku cuba nak bagitau,
sepanjang aku hidup sejak aku berumur 7 tahun (darjah satu) , hinggalah
sekarang 19 tahun, dah hampir 13 tahun aku menetap dekat rumah aku sekarang
nih.. daripada tanah wakaf yang lapang, sampai boleh jadi sebuah tanah
perkuburan yang luas!! Aku boleh kira, dah berapa orang yang telah meninggal
dunia sepanjang aku hidup nih.. entah bila pulakk giliran aku?!!
Ayah aku pernah kata
“kalau ade ahli keluarga kita yang sudah meninggal, jenazah akan dikebumikan
dekat tanah perkuburan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita….senang untuk
sanak-saudara datang ziarah” Maksud
ayah, andai kata aku telah meninggal dunia, jasad aku akan dikebumikan dekat
tanah perkuburan nih??? Allahuakbar! Rupa2 nya tempat yang aku selalu guna buat
laluan short cut ke sekolah ni, akan jadi tempat tinggal aku bila aku mati
kelak!! Kata2 ayah ni yg selalu buat aku teringat akan kematian.
Maksud Firman Allah
s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
kematian
yang boleh datang bila2 masa tanpa diduga, tiada siapa yang tahu ajal masing2..
mane tau, lepas aku post bende nih, aku akn pergi buat selama-lamanya.. sebelom
aku hembuskan nafas yang terakhir, ingin
aku menyusun 10 jari memoh0n ampun dan maaf di atas segala salah dan silap
kepada semua yang mengenali diri ini~ mungkin ade yang tersinggung , mungkin
ade yang terguris, mungkin ade yang terpendam dalam hati… halalkan makan dan
minum~ mungkin ini lah ungkapan aku yang
terakhir… semoga aku sempat lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan
datang…
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan
mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
-pesanan
buat diri sendiri dan rakan2 J
"langsung tak de ape2, just penuh dengan lalang jew"
ReplyDeletenape bahasa rempit digunakan?? hahaha..
btw..
bnyak ikhtibar kite bleh ambik~~
thanks untuk sume nasihat tu~~ :)
hmmm tu bahasa keyyel okay haha~
ReplyDeletejust kongsi pandangan n ilmu yang cetek nih....