Wednesday, 17 September 2014

chocolate lava cheese cake~

Entry kali ni, aku nak post pasal CHEESE CAKE!!



kata orang 9/10 daripada kekayaan adalah hasil daripada perniagaan. Oleh sebab tu, aku ambil inisiatif ni, untuk berniaga. Tapi niat bukan untuk kaya!! hanya menjadikan sebuah perniagaan sebagai satu sumber halal untuk aku kutip sedikit keuntungan daripadanya untuk menampung keperluan seharian aku. Maklumlah, bukan student namanya kalau asyik loaded je memanjang. Kesempitan dari segi kewangan seolah-olah satu perkara yang wajib dilalui bagi setiap insan yang bergelar student.



 


Berkenaan dengan cheese cake ni, aku mengambil inspirasi untuk menjualnya dari abang aku. Dia telah  menjadi brunch iaitu pengedar tetap cheese cake di kawasan Bandar Baru Bangi. Dia menjalankan perniagaan cheese cake ni secara online. Pada mulanya, aku macam tak berminat. Sebab nampak macam tak membawa keuntungan yang banyak. Bagi aku, kalau nak berniaga, keuntungan mestilah DUA kali ganda daripada modal. Itu pada fikiran aku pada peringkat awalnya. Tapi, bisnes asyik fikir untung je pon tak boleh jugak. Setiap perniagaan pasti ade untung ruginya. Semuanya atas usaha dan kebijaksanaan kita untuk mengawalnya. Rajin kita usaha, maka ganjaran bakal berlipat kali ganda. In Sha Allah.. Oleh itu, aku mengambil kesempatan yang terhidang ini, untuk join bersama abang aku dalam menceburi bidang bisnes ni. Yang menguatkan aku lagi untuk aku join bisnes ini ialah, Ia adakah keluaran 100% hasil daripada bumiputra sendiri! dan pasti 200% dijamin halal.

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah." An-Nahl: 114

"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya."Al-Maidah: 88



say cheese cheese!!


Ini senarai flavour2 yang ade :

  • Chocolate
  • Vanilla
  • Pandan
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Coffee
  • Oreo
  • 4layer
  • Orange
  • Cranberries
  • Keladi
  • Melty kitkat
  • Melty strawbery
  • Melty cranberries

Terdapat dalam beberapa jenis. Bermula dari berat (g/kg);

  1. 200g
  2. 500g
  3. 1kg
  4. 3kg

Cheese cake ini menggunakan lava cheese. Di mana hampir keseluruhan kek dilitupi dengan timbunan cheese cheese segar dan asli. Dengan menggunakan slogan "Lebih Cheese Lebih Senyuman", cheese cake ini mampu membuatkan seseorang menjadi gile akan cheese nya. Tak percaya???? cube beli, pasti nak beli lagi dan lagi!!

untuk maklumat lebih atau ingin menjadi pengedar atau ingin mencuba sendiri kelazatan cheese cake ini,
Boleh layari  https://www.facebook.com/choccolatelavacheesebangi  atau segera menghubungi ditalian (0193728864) 

wassup // message // pm // call - all available

tq :)


No comments:

Post a Comment